...Untuk Perkongsian Bersama...
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka
bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan
100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100).
Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada
orang Islam. Mengapa ini berlaku?
“1
Yahudi 100 Islam”
Isa (Jesus of Nazareth) ialah
Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh
majalah Time sebagai ‘Manusia Abad ini’ ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud – melalui
teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi;
begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang
Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk
kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk
mereka vaksin polio yang pertama. Alert Sabin membangunkan vaksin polio hidup
yang lebih baik. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg
mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis.
Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel
untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz memenangi Hadiah Nobel kerana kajian
beliau mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam
kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis).
Aaron Beck menemui terapi kognitif
(rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus membangunkan pil
perancang keluarga secara oral yang pertama. George Wald menang Nobel bagi
kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian
embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin
dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi
menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat
Islam.
Kenapa Yahudi begitu berkuasa?
Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor
rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler
(lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat – stainless steel); Isador
Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan
Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga
dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi’s Jeans), Howard
Schultz (Starbuck’s), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers),
Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins)
dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti
tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph
Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan
Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton
dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal
(bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral
Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov
(bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas
Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre
Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha
Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas
Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang
terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer
(Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham
(penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York
Times) dan Max Frankel (The New York Times).
Di Olimpik, Mark Spitz membolot
tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas
Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan
Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock,
Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael
Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter
Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri
diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg,
Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The
Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch),
Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo’s Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of
Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) – semuanya adalah Yahudi.
Washington yang merupakan ibu negara
Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali
sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya
mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan ‘membuat apa saja’ demi
Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah seorang Yahudi.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah seorang Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu
berkuasa?
Jawapannya adalah...PENDIDIKAN.
No comments:
Post a Comment